Kursus ICT PIM Daro Sesi Januari 2020 (Ms Office Word & KDB)
13 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada sebelah petang 12 Januari 2020 bertempat di Bilik Latihan PIM Daro, Kursus ICT Sesi Januari 2020 bersambung untuk modul seterusnya iaitu MS Office Word & KDB. Bermula jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang, modul ini menekankan para peserta untuk memahami sebaiknya tentang aspek-aspek seperti:
• Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft Word 2013.
• Mengetahui kegunaan MS Word untuk membuat dokumen seperti surat, laporan, resume dan sebagainya.
• Mempelajari dan memahirkan diri semasa menaip menggunakan MS Word berdasarkan format-format yang telah ditetapkan.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.
Seramai 12 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada belia lepasan SPM, STPM serta yang sedang berkhidmat.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: